Assalamualaikum dan salam sejahtera!!
Kisah Seorang Anak dan Seorang Ayah
Ahmad (bukan nama sebenar), merupakan seorang anak berusia 5 tahun, sedang menunggu kepulangan sosok yang sering mendakapinya sebaik tiba di rumah. Dia keluar di waktu pagi dan pulang di waktu petang. Waktu rehat di tengah hari dihabiskan di pejabatnya. Adakala sempat untuk keluar makan atau hanya terus melayani kerenah kerja yang tidak pernah putus-putus. Siapakah beliau yang dimaksudkan oleh Ahmad?
Dialah seorang ayah. Ayah boleh diertikan penyumbang sperma dalam membentuk diri kita. Seperti mana dalam Al-Qur'an dijelaskan peringkat-peringkat pembentukkan manusia. Dari setitis mani, bergabung dengan sebiji telur untuk membentuk segumpal darah iaitu Ahmad.
Sepulangnya ayah Ahmad atau dipanggil oleh Ahmad sebagai abah. Abah pulang ke rumah petang itu jam 5 petang. Ahmad teruskan mendapatkan ayahnya sebaik sahaja melihat abah di pintu utama. Lalu di ajak oleh Ahmad untuk duduk di ruang tamu sambil menanyakan beberapa soalan.
Ahmad : Berapa gaji abah sebluan?
Abah : RM 1 000
Ahmad : Bererti sehari berapa ye abah?
Abah : (dengan bingung abah menjawab) sekitar RM40. Emangnya kenapa Ahmad?
Ahmad : Bererti setangah hari RM20….
Abah : ye lah ahmad. Tapi apasal Ahmad tetiba Tanya tentang gaji abah.
Terus Ahmad melanjutkan lagi perbualan itu walaupun abah sudah kelihatan berkerut dahi dengan soalan-soalan Ahmad.
Ahmad : Begini abah, Abah boleh tak tambahkan duit tabung Ahmad 2 ringgit, sebab Ahmad dah ada RM18 untuk ajak abah keluar memancing untuk setengah hari.
Begitulah kisah Ahmad dengan abahnya.
Jika Anda seorang ayah kepada anak anda, apakah perasaan anda apabila si anak berkata demekian dengan anda?
Itulah sebenarnya kasih saying yang ttak ternilai harganya. Diriku bukan menceritakan ini untuk meraih simpati sesiapa tetapi kisah ini memang sangat bermakna. Apatah lagi diriku seorang lelaki yang Insyaallah akan menjadi seorang suami dan ayah.
Inilah yang dinamakan Si Pencuri Waktu. Ingat pesan Rasullullah S.A.W. dalam satu hadith baginda.
"Ingatlah 5 perkara sebelum 5 perkara:
- Masa Muda sebelum Masa Tua
- Kaya sebelum Miskin
- Sihat sebelum Sakit
- Waktu lapang sebelum Sibuk
- Hidup sebelum Mati

