Wednesday, February 10, 2010

Indahnya Alam!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ini saya agak tidak sibuk walaupun sebenarnya agak berat.. Kelas sikit tetapi terasa berat sekali untuk diriku tempuh hari ini. Diriku syukur kerana masih diberi ketenangan dalam meneruskan kahidupan seadanya.

Diriku bangga 2-3 hai yang lalu kerana keaadaan biliku sangat nyaman dan tersusun, namun hari ini.. dah sedikit berselerak di sana sini.. namun, petang ini akan diriku bereskan semua...

Hari ini, diriku ingin bercerita tentang satu gambar yang diambil oleh diriku sendiri. Gambar yang sangat2 diriku hargai dan rindui sebab sejarah pencapaian diriku sebagai "ahli jurugambar". Sebenarnya, ini lah hobi diriku. iaitu melancong dan mempotret kenangan.




Detail potret:

SAMSUNG ES60
[Kamera Digital milik diriku]

F-stop: f/8.4
Exposure time: 1/350 sec.
ISO speed : ISO-100
Exposure bias: 0 step
Focal length: 6 mm
max. aperture : Pattern
Flash mode: No flash
Date created : 27-Jan-2010 11.23 AM


Ini kisah potret ini:

1. Nus Lembongan mempunyai kapasiti penduduk seramai kira-kira 5000 orang yang hampir 50-75% penduduknya bekerja sebagai petani rumpai laut.

2. Sampan-sampan inilah yang digunakan untuk menuai rumpai laut di tengah laut. Jika diperhatikan, dalam potret tersebut, kelihatan dasar laut yang agak gelap berbanding yang lain dibatasi garis-garis bewarna hitam. Kawasan gelap itu, dasar yang ditanam rumpai laut manakala garis-garis itu merupakan batasan lot-lot kawasan tanaman seseorang.Untuk pengetahuan semua, kawasan ini sangat strategik untuk menanam rumpai laut kerana kawasan teluk ini tidak mempunyai ombak yang kuat seperti kawasan lainnya di Bali. Lot-lot ini kebanyakkannya diwarisi turun kemurun mengikut keluarga.

3. Kehidupan mereka benar-benar bergantung kepada hasil laut. Seperti kata orang disini, "No Seaweed, No Money". Walaupun harganya 1kg dijual pada harga Rp6000 sahaja, kehidupan mereka seperti orang lainnya. Anak-anak mereka masih diberi peluang bersekolah di pulau ini. Tetapi pastilah kemajuan di pulau ini tidak ada. Hanyalah kawasan-kawasan hotel dan resort mewah yang kelihatan begitu indah.

Sampai di sini dulu kisah Nusa Lembongan, Bali. Mungkin kedepan, diriku akan berkongsi pengalaman lagi.

Sekian



oto blitz black pimmy ride Exotic Moge MotoGP Transportasi Mewah car body design