Wednesday, February 10, 2010

Indahnya Alam!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ini saya agak tidak sibuk walaupun sebenarnya agak berat.. Kelas sikit tetapi terasa berat sekali untuk diriku tempuh hari ini. Diriku syukur kerana masih diberi ketenangan dalam meneruskan kahidupan seadanya.

Diriku bangga 2-3 hai yang lalu kerana keaadaan biliku sangat nyaman dan tersusun, namun hari ini.. dah sedikit berselerak di sana sini.. namun, petang ini akan diriku bereskan semua...

Hari ini, diriku ingin bercerita tentang satu gambar yang diambil oleh diriku sendiri. Gambar yang sangat2 diriku hargai dan rindui sebab sejarah pencapaian diriku sebagai "ahli jurugambar". Sebenarnya, ini lah hobi diriku. iaitu melancong dan mempotret kenangan.




Detail potret:

SAMSUNG ES60
[Kamera Digital milik diriku]

F-stop: f/8.4
Exposure time: 1/350 sec.
ISO speed : ISO-100
Exposure bias: 0 step
Focal length: 6 mm
max. aperture : Pattern
Flash mode: No flash
Date created : 27-Jan-2010 11.23 AM


Ini kisah potret ini:

1. Nus Lembongan mempunyai kapasiti penduduk seramai kira-kira 5000 orang yang hampir 50-75% penduduknya bekerja sebagai petani rumpai laut.

2. Sampan-sampan inilah yang digunakan untuk menuai rumpai laut di tengah laut. Jika diperhatikan, dalam potret tersebut, kelihatan dasar laut yang agak gelap berbanding yang lain dibatasi garis-garis bewarna hitam. Kawasan gelap itu, dasar yang ditanam rumpai laut manakala garis-garis itu merupakan batasan lot-lot kawasan tanaman seseorang.Untuk pengetahuan semua, kawasan ini sangat strategik untuk menanam rumpai laut kerana kawasan teluk ini tidak mempunyai ombak yang kuat seperti kawasan lainnya di Bali. Lot-lot ini kebanyakkannya diwarisi turun kemurun mengikut keluarga.

3. Kehidupan mereka benar-benar bergantung kepada hasil laut. Seperti kata orang disini, "No Seaweed, No Money". Walaupun harganya 1kg dijual pada harga Rp6000 sahaja, kehidupan mereka seperti orang lainnya. Anak-anak mereka masih diberi peluang bersekolah di pulau ini. Tetapi pastilah kemajuan di pulau ini tidak ada. Hanyalah kawasan-kawasan hotel dan resort mewah yang kelihatan begitu indah.

Sampai di sini dulu kisah Nusa Lembongan, Bali. Mungkin kedepan, diriku akan berkongsi pengalaman lagi.

Sekian



oto blitz black pimmy ride Exotic Moge MotoGP Transportasi Mewah car body design

Tuesday, February 09, 2010

Apperantice British Ep. 1

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Hari ini hari Selasa... Hidup diriku kembali ke alam hidup rutin dengan masalah-masalah yang harus diriku fikirkan selama diriku berada di Jogja.. mungkin kadangkala orang berkata, suatu percutian itu sangat menyenangkan sehingga semua masalah-masalah yang kita hadapi lenyap dari fikiran.. Ambil contoh saja ketika diriku melancong ke Bali dan Bandung.. semua kerja diabaikan sehingga bila balik ke Jogja, nah.. kerja tertangguh itu menjadi masalah besar... haish diriku.. apalah nak jadi nie..

Namu hidup mesti diteruskan walau apa jua rintangan yang datang..

Semalam, diriku menghabiskan masa untuk menonton rancangan tv yang menarik perhatian diriku sebagai seorang ketua.. Semua orang di muka bumi adalah ketua.. *siapa nak nafikan* setidaknya, dia adalah ketua kepada dirinya..

Apa rancangan tv yang menarik tu??

The Apprentice British Ep 1:

16 orang peserta terdiri 8 orang lelaki dan 8 orang perempuan. Setelah memilih nama kumpulan masing2 dan seorang ketua projek untuk projek pertama.

Bertemulah keesokkan harinya bersaa Sir Alan (ala2 Donald Trump) dan yang paling mengejutkan adalah ketua lelaki mengetuai team perempuan dan ketua perempuan mengetuai team lelaki.

Berlangsunglah projek pertama dengan team lelaki memenangi.

Itu typical story about it.

Now we move on the next value here:

1. Ketua kumpulan perempuan, Andy memang begitu semangat untuk memenangi projek kali ini tapi kelemahannya mengendalikan kumpulan sehingga dia kumpulannya tewas menjadikan sebab utama pemecatannya oleh Sir Alan. Sebagai seorang ketua, anda seharusnya memeriksa anak buah jagaan anda dan mengikuti semua masalah-masalah yang ada.. Namun, bagaimana dengan ketua kepada diri sendiri? Itulah yang harus kita periksaan.. Diri kita terdiri dari 3 elemen: Jasad, Roh dan Alam. Kita harus periksa sama ada semua dalam keadaan baik.

2. strategi dalam menjalankan bisnis adalah lokasi dan pemasaran. Lokasi sangat penting untuk kita berjaya dalam bisnis. Mereka diberikan mobile van untuk menjual kopi. Kumpulan perempuan memilih untuk menjual di Pasar Chapel (dimana harga kopi di cafe2 disana jauh lebih murah dari apa yang diorang tawarkan.. bagaimana ingin bersaing?). Kumpulan lelaki pulak, awalnya tegelak kami melihat mobile van tu mengambil tempat di hadapan Starbuck Coffee untuk bersaing. Anggapan kami adalah, mestila Starbuck yang menang dalam saingan itu. Namun disebalik kenyataan, harga yang ditawarkan di Starbuck jauh lebih mahal sehingga orang-orang jalanan ingin mencuba kopi jalanan. itulah strategi dalam perniagaan.

Akhir kata,
Inilah realiti kehidupan. Sekali kita salah dalam memilih jalan dan strategi, Kita akan tergendala. oto blitz black pimmy ride Exotic Moge MotoGP Transportasi Mewah car body design

Sunday, February 07, 2010

Selamat Datang!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sudah sekian lama aku bercita-cita untuk mempunyai blog peribadi sendiri. Hari ini aku telah berjaya untuk membuat blog aku sendiri. Blog akau akan berkisar tentang kehidupan seseorang dan aku akan lebih banyak berkongsi melalui gambar dan viseo sebagai media untuk aku sampaikan isi hati. Begitulah hati berbicara, bukan dengan kata-kata tetapi dengan semua deria yang dianugerahkan oleh ALLAH kerana ALLAH menciptakan sesuatu pasti ada kebaikannya yang kadang kala manusia sendiri terbatas untuk mengetahuinya.

Untuk posting yang pertama, aku ingin berkongsi sebuah lirik lagu dan alunan lagunya sekali yang sangat menyentuh jiwa aku hari ini.

Lirik lagu Suara Rindu – Azad Jazmin (OST Cinta Balqis)


Suatu yang indah
Ceritanya bermula semalam
Andainya dapat ku rasa selamanya


Tetapi ku takut tidak mungkin dapat kumiliki
Walaupun kau hadir hanya dalam mimpi


Ku teruskan hidup
Hari demi hari pun berlalu
Seksa dan derita ku tanggung sendiri


Apa yang tinggal hanyalah
doaku padamu Tuhan
Pasrahku hanya kamu yang menentukan


Pun tak pernah ku sesalkan
Kecewa datang dan pergi
Tinggalku sendiri


Ditakdirkan aku syukur selalu
Sesungguhnya aku tahu
Temanku hanyalah aku


Semoga suatu hari nanti
Dapat ku temui
Penawar dukaku yang berdarah duka
Pabila bertemu pasti aku suarakan rindu
Laguku untukmu buat selamanya


Ulang rangkap 5, 6, 5 dan 6


-| Muat turut lagu ini dan hayati |-


Lagu ini mengisahkan kehidupan seseorang yang penuh dengan kekecewaan dalam hidupnya. Kekecewaan itu mungkin dari dirinya sendiri atau orang yang sangat-sangat disayanginya. Dan setelah berusaha, hanya mampu panjatkan doa kepada ALLAH. Itulah penawar untuk segalanya di atas dunia@muka bumi.


sekian dulu untuk hari ini. teruskan menghayati lagu ini.

oto blitz black pimmy ride Exotic Moge MotoGP Transportasi Mewah car body design